|
Petang Isnin lalu,
ayah kepada Altantuya, Profesor Shaaribu dari Universiti Mongolia
berkunjung ke pejabat saya. Beliau memulakan dengan menyampaikan salam
hormat dari Menteri Luar Mongolia, kenalan saya sejak menjawat
Presiden Unesco dulu.
Saya rumuskan
penyesalan yang dilafazkannya bersabit pembunuhan dan letupan kejam
keatas anaknya.
-
Mengapakah kes
sengaja dilengahkan?
-
Mengapa siasatan
polis tidak rapi dan Dato Najib tidak disoalsiasat walaupun beliau
pasti Altantuya adalah kenalan Najib dan pegawai kanan beliau
didakwa terlibat?
-
Mempertikai
kesungguhan jabatan peguam negara terutama manakala mereka
mengumumkan awal lagi "tidak ada orang lain terlibat."
-
Mempersoal
pemilihan dan perjalanan mahkamah.
-
Kegagalan
menyiasat pengakuan mengenai pembunuhan yang dilakukan komando
berkenaan.
Prof. Shaaribu
mendakwa mempunyai beberapa fakta dan maklumat lainnya, namun kesal
kerana kes tersebut tidak dikendali secara bebas dan adil.
Saya memberi
pengakuan akan terus memperjuangkan agar penyiasatan diteruskan dan
perjalanan mahkamah bebas dan adil. Kita jua akan menambah ikhtiar
untuk meringankan bebenan keluarga Shaaribu.
ANWAR
IBRAHIM
anwaribrahimblog.com
|